Bowling World

PERLEMBAGAAN KELAB BOWLING

 

1.   MATLAMAT

1.1       Menjadikan sukan bowling sebagai tabiat kepada semua warga SMK Sacred Heart.

 

2.   OBJEKTIF

      2.1       Memupuk sikap bekerjasama antara ahli.

      2.2       Memupuk sikap saling membantu semasa menjalankan latihan

      2.2       Menjadikan sukan sebagai sebahagian dalama kehidupan pelajar.

 

3.   KEAHLIAN

      3.1       Keahlian dibuka kepada semua pelajar sekolah SMK Sacred Heart

      3.2       Permohanan menjadi ahli adalah dengan cara menghadiri mesyuarat pertama dan mengisi borang keahlian yang disediakan

      3.3       Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini

 

4.   GURU PENASIHAT

      4.1       Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

      4.2       Guru penasihat memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

      4.3       Guru penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dij alankan.

      4.4       Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

     

5.   AHLI JAWATANKUASA

      5.1       Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

      5.2      Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK.

      5.3       Pemilihan AJK secara undian

      5.4       AJK kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

      5.5       AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

      5.6       Ahli-ahli AJK terdiri daripada:

                  5.6.1    Pengerusi

·            Menjaga kebajikan ahli kelab secara keseluruhan

·         Merancang aktiviti sepanjang tahun dan berbincang dengan ahli kelab

·         Mengenalpasti ahli-ahli yang berpotensi dan calonkan kepada Guru Penasihat

                  5.6.2    Timbalan Pengerusi

·                     Menolong Pengerusi melaksanakan tugasnya semasa Pengeursi tidak hadir

·         Menjaga disiplin ahli kelab

·         Mengambil kedatangan ahli setiap kali bermesyuarat dan menjalankan latihan

 

 

                  5.6.3    Setiausaha 1 dan 2

·                     Mencatat minit mesyuarat

·         Membuat laporan aktiviti kelab

·         Mengeluarkan notis aktiviti kelab

                  5.6.4    Bendahari

·                     Mengutip yuran daripada ahli kelab

·         Membuat akaun kelab

·         Mengeluarkan bayaran kepada AJK setelah mendapat kelulusan daripada guru penasihat

                  5.6.5    AJK Kelas

·                     Mengingati ahli dalam kelas-kelas tentang aktiviti yang dijalankan

·         Membuat promosi aktiviti

 

6.   KEWANGAN

      6.1       Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu RM2.00 seorang.

      6.2       Kelab boleh memperoleh kewangan. melalui aktiviti pengutipan tabung.

      6.3       Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma/yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

 

7.   KEHADIRAN / PENYERTAAN

      7.1       Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.

      7.2       Kegagalan berbuat demikian sebanyak 3 kali tanpa sebab yang munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian kelab.

 

8.   AKTIVITI

      8.1       Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK.

      8.2       Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

 

9.   PERATURAN-PERATURAN

      9.1       Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

      9.2       Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

      9.3       Ahli-ahli yang menlanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

10. TINDAKAN DISIPLIN

      10.1    Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

      10.2     Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

                  10.2.1        Amaran lisan (Kali pertama)

                  10.2.2        Amaran bertulis (Kali kedua)

                  10.2.3        Amaran bertulis (Kali ketiga)

                  10.2.4        Gantung keahlian

                  10.2.5        Pecat keahlian

 

      10.3     Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua ahli keahlian.

      10.4     Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan

                  kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

 

11. PINDAAN PERLEMBAGAAN

      11.1     Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga is dipinda.

      11.2     Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

      11.3     Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannyajika perlu.

      11.4     Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab dan disahkan oleh Pengetua.

 

12. PEMBUBARAN PERSATUAN

      12.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

      12.2     Segala hutang wajib dijelaskan. Baki Kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

13. HAL-HAL LAIN

      13.1     Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

      13.2     Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

 

 

 

 

 

Tandatangan                           _______________      _______________      __________________

                                   (                              )    (                             )     (                                   )

                                         Setiausaha                  Pengerusi                     Guru Penasihat

 

 

 

 

 

Kelulusan Penolong Pendaftar Persatuan / Kelab Sekolah

 

 

 

______________________                Cop Sekolah:                           Tarikh: ______________

 (LIONG SHOU CHUAN)   

           Pengetua

【OBJEKTIF】

  • Memupuk sikap bekerjasama antara ahli.
  • Memupuk sikap saling membantu semasa menjalankan latihan
  • Menjadikan sukan sebagai sebahagian dalam kehidupan pelajar.

【VISI】

Kelab Bowling menjadi model kelab di Negeri Sarawak.

【MISI】

Kelab Bowling menjadikan sukan bowling sebagai tabiat kepada semua warga SMK SACRED HEART.